Aku Rindu Kebahagiaan Dahulu

Sunday, April 3, 2011



John Mayer - Say

Selepas berbulan-bulan penat membanting tulang di tempat aku bekerja, terasa keperitan di celah-celah urat belikat di belakang kepala,lenyap sekelip mata selepas menatap wajah Ibu di kampong halaman. Ketika aku sampai di di halaman rumah,terlihat aku Ibu sedang memegang cangkul untuk menanam sayuran di belakang rumah. Peluh-peluh keringat membasahi keningnya, menyambung kerja-kerja tinggalan arwah ayah,setelah beberapa bulan pemergiannya bertemu al Rahimi.

Justeru, kini Ibu tinggal keseorangan,anak-anak semuanya merantau jauh nun di kota-kota besar mencari rezeki. Kemudian, Ibu ternampak aku merenung dari jauh di halaman rumah, terus aku berlari , memeluk tubuh ibu. Rasa sejuk di kalbu aku ini bukan kepalang lagi sehingga menitis air mata. Tidak terdaya aku menahan pelukan hiba ibu yang selama ini sering aku rindu ketika aku berada di celah kota raya yang hiruk pikuk dengan bunyi bising yang tak berhenti-henti menyalak. Ibu tersenyum lebar, kerinduan untuk bersama anak telah hilang,kebahagiaan kembali datang.ahh…bahagia…

Selama seminggu aku bercuti di kampong, tapi rasa hati ini tidak puas bergurau senda dengan Ibu,mendengar berceloteh, menjamu masakannya,menolongnya berkebun. Beratnya kaki untuk pulang ke kota semakin terasa. Pernah juga aku menyuruh Ibu mengikut abang long tinggal bersama, supaya Ibu tidak kesunyian,tapi Ibu enggan membiarkan rumah kampong itu tidak berpenghuni. Walhal,rumah itu walaupun berpenghuni, tidak akan cukup lengkap tanpa arwah Ayah.Sunyi sepi.. Aku tau, dilemma itu membeku di dada Ibu, tapi ibu tidak mahu menceritakan hal itu.Tapi sampai bila Ibu akan tinggal keseorangan??

Sambil menongkat dagu di meja pc ini,aku melayan fikiran dan masih menitiskan air mata mengenangkan kehidupan Ibu di kampong.Timbul keraguan di dalam kepala aku sampai bila keadaan akan terusan begini?? Mungkin sudah sampai waktunya untuk aku menjaga Ibu,tapi bilakah waktu nya hanya Tuhan yang tahu.

0 comments: