Tikar Mengkuang Nenek Nab Bahagian 1

Monday, May 11, 2009

Rambutnya yang lurus lebat beruban panjang hingga aras pinggang, sesekali bila ditiup angin terlihat kulit tengkuknya berkedut dimakan usia. Wajah yang masih tersergam kepersisan sifat manisnya, menyerikan lagi sikapnya yang sentiasa tenang dan gembira. Terlangsung aku mengelamun membayangkan orang tua ini semestinya seorang yang jelitawan ketika remaja, apa tidaknya, ketika dia berumur hampir 60 tahun masih ada yang ingin menjadikan dia sebagai isteri. Tidak masuk di akal kepala kalau lelaki itu ingin berkahwin kerana nafsu semata-mata, kebarangkalian yang paling mustahil kerana sifat-sifat zahir keperempuanannya. Kesetiaan kepada arwah suami mejadi ranjau kepada lelaki itu memenuhi hajat memperisterikannya. Malah, anak-anak dia dan cucunya pasti tidak bersetuju dengan perkara ini. Aku pula, hati memberontak memikirkan patut juga dia bersuamikan lelaki itu, adalah juga insan yang boleh menjaganya ketika usia-usia sebegitu. Hendak diharapkan anak-anaknya, setahun 4 atau 5 kali pulang menjenguk, rasanya tidak terlawan dengan lelaki itu, yang hampir setiap hari datang ke rumah, membawa sayur-sayur kampung, ikan-ikan sungai untuk dia. Kalaulah pun ada wang ringgit anak-anak kirimkan, rasanya apalah guna sangat wang ketika umur sebegitu. Hanya diseluk dalam tembikar labu air dibuat pekasam, sedikitnya diguna membeli perkakas dapur dan lauk-pauk.

“Apa yang engkau intai tengkuk aku ni cu? Tersengeh-sengeh macam kerang busuk pula tu”. Sergahan perlahan Nenek Nab membuat aku tersentak dan tersipu malu beberapa ketika.

“Nek ni sudah tua berkedut, banyak lagi perempuan muda-muda di luar tu nak di intai”. Katanya lesu kepada aku. Berganda-ganda malu aku dibuatnya.

“Nek ni mesti lawa dulu kan?” Aku bertanya, cuba mengalih tajuk, sambil mengesot menghampiri dia, seterusnya mengumpan senyum.

“Nek mesti….”

“Ah, engkau ni sebiji macam mak kau, suke sangat berdalih”. Seolah sudah membaca fikiran aku, terus dia mencantas tidak sempat habis aku bercakap. Aku menggaru kepala terpinga.

“ Aku ni cu, dulu-dulu, lawa la jugak. Kalau tak, tak nya arwah Tok Dollah engkau berkenan pada aku.”

“Kau pun apa kurangnya, insem juga…”

“Handsome la nek!!”. Aku memintas sambil ketawa kecil.

“ Yelah, apa-apa je la”. Dia membalas seolah mengeluh tidak pandai menyebut perkataan Inggeris itu.

“ Nek ni perasan tau. Perasan lawa!!hahaha”.
“ Betullah. Dulu arwah Pak Dalek sembah datang jumpe moyang engkau hendak sangat kawin dengan aku”. Dia tersenyum lebar sambil tangannya menyisir rambut dari ubun kepala hingga ke hujung rambutnya.

Berdekah-dekah juga aku ketawa tercuit hati melayan gelagat Nenek Nab. Agaknya, aku lah menjadi teman untuk berhibur dia waktu-waktu petang begini.

“Lepas tu, kenapa tak jadi kawin dengan Pak Dalek??” Aku bertanya lagi, cuba mengumpan Nenek Nab. Sifat ingin tahu semakin menjadi-jadi.

“ Sebab….Eh, aku ni belum solat Asar lagi ni. Ya Allah. Sudah!! Engkau tak payah nak tau sana-sini hal orang, pegi solat tu.” Dia menyergah sambil matanya terbeliak, dan giginya di ketap.

Sekali lagi, dia seperti sudah membaca apa yang aku fikirkan. Ilmu apa dia pakai, aku pun tidak tahu. Umpan sudah terkena ikannya, tapi terputus pula tali kailnya. Sememangnya sifat aku suka sangat mengetahui kisah orang-orang tua kampung ini. Macam-macam ragam, macam-macam rupa. Atok-atok saudara sebelah ibu aku, sudah amat masak dengan perangai aku. Bukannya apa, seronok bila mendengar mereka bercerita pengalaman-pengalaman mereka, hingga tidak kering gusi aku ketawa, tidak kurang juga sedihnya sesekali sampai mengalir air di kelopak mata, keseraman yang membangkit bulu roma sampai malam tidur tidak lena. Nikmatnya puas, yang aku rasa mustahil akan aku lalui pengalaman-pengalaman itu secara realiti dalam hidup aku. Setidak-tidaknya aku dapat tahu sempadan yang perlu aku amati, dan tauladan yang perlu diingati . Fikir-fikir, kalau disusun semula dengan sempurna, menarik juga jika dibikin drama tv popular. Seperti Nenek Nab, banyak kisah-kisah yang dia tahu, dari kisah dongeng Pak Pander, Wak Dogol, Lebai Malang hingga kisah sejarah Hang Jebat, Mat Kilau, Tun Hussien Onn dan banyak lagi. Hampir setiap kali ketika cucu-cucunya bersama dia, ada sahaja kisahnya. Sesekali kami ketawa bila tabiat nyanyuk tuanya datang, ayat-ayat, plot-plot yang sama diulang-ulang. Kadang-kadang bercampur aduk kisah ini dan kisah itu, kisah lama dan kisah baru, sehingga membuat kami pusing kepala memikirkannya.

“Assalamualaikum”. Terdengar seorang tua memberi salam disusuli nama ‘Makngah Nab’, agak sayup bunyinya. Diselang seli dengan batuk-batuk kecil.

“ Waalaikummussalam”. Aku menjawab setelah beberapa kali dia memberi salam sambil berlari anak ke luar beranda.

“ Nenek kamu mana? Dia bertanya.

“Nenek ada kat dalam, baru sahaja habis solat”. Jawabku sambil tersenyum, kerana aku sudah agak kedatangan Haji Wan Daud dalam waktu-waktu begini, selalunya selepas waktu Asar. Haji Wan Daud adalah lelaki tersebut yang ingin berkahwin dengan Nenek Nab.

Bersambung...

11 comments:

vidadarisakura said...

gila panjang.huhu

Rocko Mohamad said...

haha..xperlu dibaca kalo panjang...

lyndadyana said...

adoiai...
apesal pnjg sgt nih?
ni novel o cerpen...
bgos2...
ley mik as asgmnt...
kne analisis cerpen n novel...
sob2..

Rocko Mohamad said...

cerpen..tu la..rs2nya..xnak post dah entri mcm ni..menyakitkan mata pembaca..hahah

lyndadyana said...

tw xp...
sakit dan pedih...
xp2...
ley gune eye mo...
hehe..

patungcendana said...

aku suka baca...

aku nak tahu whether dia kawin atau tidak...aku harap dia kawin...

itu boleh jadi kisah aku 20 tahun dari sekarang...huhuhu...yang berbeza cuma...sekarang, jika ada orang nak kawin dgn aku pasti aku tolak tanpa sebarang kompromi...walau tanpa sebarang alasan yang logik...hehehe

Rocko Mohamad said...

apasal pulak xnak kawin skrg?haha..citer ni,panjang lagi..ko tunggu je..

lizz said...

takmo lah bersambung2.hohoho.bile nak habiskan cite???

kimisai said...

panjang ke pendek....yg penting???


kerjaaaaaaaasama... lu tulis je loko...

patungcendana said...

kenapa tak nak kawin sekarang?...errr...nanti...aku fikirkan alasan yang masuk akal ok...hehe

Rocko Mohamad said...

liz:ntah.wat ms skrg,hdisk aku rosak..semua garapan aku ade dlm tu..
trpaksa tulis bnda lain dulu..haha

kimisai:haha..weh,bila lg nk ade show dunia gelap?

patung cendana:errkk..aku rs,xde alasan yg masuk akal kot bab2 kawin ni..haha