Perlukah PPSMI

Friday, October 24, 2008

Aku bukanlah seorang yang hebat untuk menghujahkan teori-teori secara intelektual tentang PPSMI. Tetapi secara natural,sebagai anak bangsa melayu, dan rakyat Malaysia, ada teori-teori yang relevan untuk aku sampaikan disini, tidak berbaur politik, tetapi dasarkan bual-bual kosong antara rakan-rakan aku bersama segelas teh tarik.Masing-masing memberi pendapat yang aku kira sebagai cukup bernas, dan boleh diambil kira sebagai teori yang kuat, walaupun ada sesetengah daripadanya berbaur politik, tapi sudah cukup kuat untuk menjadi asas kesedaran aku sebagai bangsa Melayu dan juga rakyat Malaysia. Aku bukanlah seorang yang pro-pembangkang, atau pro-kerajaan.Aku hanya rakyat Malaysia yang berpijak di atas bumi yang tidak nyata,namun lebih baik dari bumi yang nyata tetapi penuh dengan penipu. Maklumlah, dilemma PPSMI ini sudah menjadi alat-alat bualan politik, entah betul ke tidak teori mereka, aku pun tidak tau, kerana aku bukan sarjana dalam bidang-bidang ini. Aku hanya perlu mendengar dan membaca,kemudiannya berfikir, dan akhir sekali menganalisa,yang mana betul yang mana salah. Dan jika aku betul-betul yakin dengan analisa aku itu,aku akan menyampaikannya. Dari Utusan, New Strait Times hinggalah ke Harakah dan Suara Keadilan, TV3,RTM,AstroAwani,MalaysiaKini, semuanya membantu aku menganalisa secara ringkas dan seterusnya menjawab persoalan perlukah kita PPSMI dengan mudah tanpa teori-teori melampau yang belum tentu kita faham, tidak perlu tulisan yang panjang lebar untuk difahami. Untuk itu, jawapan aku pada persoalan perlukah PPSMI, adalah tidak sama sekali. Dan jawapan aku itu mesti disusuli dengan persoalan,kenapa tidak perlu PPSMI?kerana:


• Ketidakadilan kepada pelajar luar Bandar.
• Sains dan Matematik itu bukan pembelajaran bahasa.
• Penghinaan terhadap bahasa Melayu.
• Peperiksaan semakin senang untuk meningkatkan tahap kelulusan.
• Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan semakin berkurang.
• Kos yang tinggi untuk melatih guru-guru mengajar dalam bahasa Inggeris.
• Kurang komunikasi antara pelajar dan guru dalam kelas.
• Sains dan Matematik bukan untuk bahasa Inggeris sahaja.
• Suasana pembelajaran yang kurang praktikal.
• Wujudnya pembelajaran dwi-bahasa, mengelirukan.