Bilik Serba Rahsia Bahagian 4

Saturday, November 29, 2008

“Shahril!!” panggilan yang tak di duga menyentak lamunan ku sebentar, dan aku sudah tahu siapa yang memanggil ku. Suara dari luar surau. Aku kemudian mengesat air mata ku dan terus melangkah keluar surau. Terlihat Cikgu Sufri Sports sedang menunggu ku di ruang hadapan luar surau, Edan Berang dan Mishad Panas sudah berada berdiri disitu menghadap Cikgu Sufri Sports. Aku segera melajukan langkah ku kearah mereka, dan berdiri di sebelah kanan Edan Berang yang sedang menundukkan kepala memandang ke lantai ruang itu. Aku pun terikut sama dengan memandang juga ke bawah, kerana takut melihat muka Cikgu Sufri Sports itu, Cuma Mishad Panas yang berhati keras, memandang tanpa rasa bersalah ke muka Cikgu Sufri Sports.PAAAPPP!!! Satu balingan laju ke lantai oleh Cikgu Sufri Sports, dan kemudiaannya dalam samar-samar ku lihat kotak yang tertulis Dunhill 14. Terkeluar beberapa batang rokok dari kotak itu bertaburan ke atas lantai. “Ada 4 kotak rokok lagi saya jumpe dalam bilik itu!!” aku semakin tunduk bila Cikgu Sufri Sports berkata begitu. PAAAAPP!! Satu balingan lagi mencecah lantai itu, dan kali ini jauh terseret sedikit dari kotak rokok Dunhill 14. Terkeluar juga beberapa keping kad yang sempat ku nampak seperti Jack Spade, King Spade, 6 Cloud, dan 9 Diamond. “Saya tau awak tak berjudi, tapi bermain daun terup kesalahan besar di asrama, dan ia judi kecil. Berdosa!!” herdik Cikgu Sufri Sports sejurus balingan terakhirnya mencecah lantai. Mishad Jepun yang tadinya memandang muka Cikgu Sufri Sports seolah tidak bersalah, mula memandang ke lantai, tunduk seperti orang bersalah pula. Edan Berang merenung tajam di lantai, sambil mengesat saki baki air mata yang masih berair di pipi kanannya.Kami tidak menjawab apa-apa, kerana sudah jelas kesalahan kami. Tidak ada ‘benda’ lagi yang boleh di selindung, dan tidak ada tempat lagi untuk berselindung. Bilik Serba-Rahsia terbocor sudahnya. Setelah di maki dan di marahi oleh Cikgu Sufri Sports, kami di benarkan pulang ke asrama dengan perasaan yang berbaur kemarahan, kerisauan, ketakutan, dan penyesalan. Kami bertiga masih tidak bercakap antara satu sama lain, sampailah di asrama, ketika di dalam Bilik Serba-Rahsia. “Aku tak jadi pegi gig, aku nk balik Tembangau. Aku dah takde mood”. Edan Berang mula bersuara sambil menarik muka masamnya seperti menyalahkan aku dan Mishad Jepun. Mishad Jepun seolah hendak melepaskan panasnya terhadap Edan Berang, tapi terbantut seketika kerana mungkin memang betul salah kami melibatkan Edan Berang. Edan Berang lantas meninggalkan Bilik Serba-Rahsia itu. Aku masih tak bercakap apa-apa lagi cuma merenung apa akan terjadi, sambil merenung sekeliling Bilik Serba-Rahsia itu. Bilik yang ku anggap kini Bilik Malapetaka. Dengan perasaan marah, dengan ganas aku mengoyakkan poster Nirvana di dinding bilik itu, kemudian dengan geram aku konyokkan helaian yang telah ku koyakkan membentuk bulatan sfera dan aku membalingnya sekuat hati kearah dinding bilik itu. “bodohhhhhhhhhhhhhh!!!!!” aku menjerit sekuat hati, tanpa menghiraukan Edan Berang dan Mishad Jepun.

Selama seminggu kami tidak bertemu sesama sendiri, kerana kami menerima tindakkan gantung persekolahan selama 2 minggu. Kami hampir di buang sekolah, tapi di atas rayuan ibu-bapa kami, kami hanya digantung selama 2 minggu. Pada hari gig itu, terbatal juga hasrat kami untuk ke gig, kerana masalah persekolah yang menimpa dan semakin membeban, pertukaran mood suka kepada duka, ‘mosh’, ‘slam’, ‘pogo’, semuanya dilupa. Bilik Serba-Rahsia juga di kunci oleh Cikgu Sufri Sports sepanjang tahun itu. Selepas 2 minggu digantung, aku dipindahkan ke bilik lain di atas arahan ketua warden, Cikgu Razli Budin, dan tidak lagi bersama mereka. Aku duduk sebilik dengan Khairun Kerinting yang rajin membakar sardin pada malam hari. Aku, Edan Berang dan Mishad Jepun masih tetap bersahabat baik, masih menikmati senyuman dan ketawa bertiga, masih berkongsi kesedihan dan duka bersama, sehingglah tamat persekolahan kami di situ. Maaf kepada Mishad Jepun, dan Edan Berang kerana aku membawa mereka ke bilik Serba-Rahsia yang membawa malapetaka. “Edan sekarang praktikal kt proton” secara tetiba lamunan aku terhenti apabila mendengar suara tersebut. Softwan Ketot, yang seolah-olah menjawab soalan Mishad Jepun tadi. Aku memandang Mishad Panas sambil tersenyum, teringat kenangan Bilik Serba-Rahsia. Mishad memandang pelik pada aku. “Apa yang ko tersengeh tu?” Tanya Mishad Panas sambil tersenyum malas.”Takda apa-apa” jawabku, sambil melebarkan lagi senyumanku dan mengalih pandangan ke bawah lampu neon. Hujan sudah pun reda, kelihatan pengunjung di kedai mamak itu tinggal beberapa orang selain kami. Orang ramai bermotosikal sudah kelihatan di gigi jalan raya, untuk pulang. Anak-anak dara yang duduk berdekatan tadi, sudah tidak kelihatan lagi, tidak sempat untuk aku menjamah pandangan terakhir aku pada mereka. Bila diimbas kembali bersama rakan-rakan ku, benda pahit akan jadi manis, benda susah akan jadi senang, benda yang jauh jadi rapat, seolah-olah aku ingin kembali pada zaman itu, yang kian hilang plot-plotnya di ingatan aku sehaluan dengan masa yang semakin melangkau, usia yang semakin menjangkau.. Betul lah kata orang, lain kata lain bahasa, lain budaya lain dunia, lain masa lain rasa.

Pada malam itu, aku bermalam di rumah Softwan Ketot, bersama Mishad Panas dan rakan ku dari kampung, Ayim Violin. Pertemuan kami di mamak berhadapan Megamall mengingatkan aku kembali kepada Bilik Serba-Rahsia setelah 5 tahun berlalu. Sepanjang perjalanan ke rumah Softwan Ketot, aku masih tersenyum mengingatkan bilik itu. Mungkin bilik itu menyimpan rahsia kejayaan Edan Berang dan Mishad Jepun kerana berjaya menghabiskan pelajarannya di Politeknik, dan aku pula menerima malapetaka tidak berjaya di Uitm. Kerana aku yang menggerakkan operasi Bilik Serba-Rahsia itu. Kerana aku yang menjaga bilik itu. Kerana aku yang mencadangkan pelbagai idea untuk bilik itu. Kerana aku yang selalu berkurung dalam bilik itu.Bilik Serba-Rahsia, aku tidak akan lupa sampai ke tua dan ingat-ingat lupa.


Sebuah kisah benar yang, yang diubah sedikit, berlaku pada tahun 2002, di sekolah SMKAP..-Rocko Mohamad

0 comments: